Friday, November 9, 2007

Kebenaran Sejati - Muslim Masuk Kristen ( Sdri. Sharifah )

Kita diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini dengan tujuan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa dan mentaati segala perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. "Islam" artinya taat dan patuh serta menyembah Tuhan yang Esa. Bagi menyempurnakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini Tuhan yang Maha Kuasa telah menghantar utusan demi utusan berserta dengan Kitab-KitabNya untuk membimbing dan membantu khalifahNya agar dapat menjalani kehidupan yang direstui olehNya.

Menurut kefahaman Islam, Islam adalah agama yang sempurna; "Innaddinn aindallah hilislam", dan Al-Quran adalah Kitab yang lengkap serta sempurna dan di dalam kesempurnaannya itu Al-Quran juga mengalakkan dan tidak melarang orang-orang Muslim supaya merujuk kepada Kitab-Kitab lain yang terdahulu sebelum Al-Quran.

Bagi seseorang yang ingin mendapatkan pengetahuan dengan lebih lanjut tentang ajaran-ajaran Tuhan, Al-Quran tidak dapat memberikan maklumat yang secukupnya. Oleh kerana itu, dengan keizinan yang telah diberikan di dalam Islam, umatnya diminta supaya merujuk kepada Kitab-Kitab lain. Sebagai contohnya seperti yang nabi Muhammad katakan untuk mengetahui tentang ajaran semua nabi haruslah merujuk kepada Kitab-Kitab lain kerana terdapat cerita yang tidak lengkap di dalam Al-Quran seperti cerita mengenai Isa Al-Masih. Mengapa sedikit sahaja cerita mengenainya? Ini adalah kerana Muhammad mengetahui bahawa semua cerita tentangnya telah ditulis di dalam Injil. Jadi cerita mengenainya tidak perlu diulangi lagi. Begitu juga dengan ajaran nabi Musa, ianya tidak perlu diulangi kerana ianya telah ditulis di dalam Taurat. Oleh itu orang Islam tidak perlu menghadkan pengetahuan mereka dengan merujuk kepada Al-Quran sahaja kerana Kitab-Kitab lain juga dibenarkan untuk dijadikan rujukan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Islam yang sempurna, marilah Kita sama-sama mendengar kisah menarik ini dari seorang anak melayu yang berasal dari Malaysia.

Nama saya Sharifah. Saya telah dilahirkan dan dibesarkan dengan cara kehidupan Islam yang sepenuhnya. Apabila saya meningkat remaja, saya cuba mendalami agama Islam dan menanamkan semangat jihad di dalam diri saya. Saya cuba menerangkan apa sebenarnya maksud 'Islam' kepada orang-orang bukan Islam khususnya Kristian dan cuba memancing perhatian mereka kepada Islam. Bagi saya, Islam adalah agama yang sempurna, lengkap dan universal.

Saya mula mendalami Islam dengan lebih mendalam agar saya dapat menyampaikan 'keindahan' Islam kepada kawan-kawan Kristiani saya. Namun sebaliknya timbul beberapa persoalan dan ketidakpuasan hati saya terhadap soalan dan juga jawaban-jawaban yang diberikan oleh mereka. Kelogikan jawaban yang diberikan oleh mereka menimbulkan keraguan di hati saya. Bermula dari saat itulah saya mencari jawaban yang pasti tentang persoalan dalam diri saya sendiri. Siapakah sebenarnya Isa Al-Masih yang akan menghakimi Kita nanti?

Saya berusaha untuk mendapatkan jawaban yang tepat dengan bertanya kepada beberapa orang yang alim di dalam Islam mengenai Isa Al-Masih dan ajaran-ajaran Kristian. Namun mereka mengatakan bahawa saya tidak perlu belajar tentang agama Kristian dan bertanya kepada saya apakah saya ingin menjadi murtad? Oleh kerana saya tidak mendapat jawapan yang saya kehendaki, maka saya mencarinya sendiri dengan mengkaji dengan lebih lanjut tentang Al-Quran dan juga Injil. Setelah saya membuat perbandingan di antara kedua-duanya, maka saya mendapat beberapa jawapan mengenai siapa sebenarnya Isa Al-Masih di dalam Al-Quran dan Injil.

Di dalam Injil, Yohanes 14:6 Isa berfirman "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun yang dapat datang kepada Allah kalau tidak melalui Aku". Ayat ini jelas dan sering menghantui saya kerana di dalam surah Al-Fatihah1:6 "Ihdinasyiraatallmustaqiim" yang bermaksud 'tunjukkanlah aku jalan yang lurus'. Setiap kali waktu saya sembahyang, saya membaca ayat ini untuk meminta petunjuk agar ditunjukkan jalan yang lurus. Namun Yoh 14:6 tadi telah menjelaskan bahawa Isa Al-Masih adalah jalan yang lurus. Jadi tidak perlu saya mencari jalan yang lain untuk mengenali Tuhan secara dekat. Dari saat inilah fikiran saya mula bercelaru. Saya merasa sangsi dengan apa yang telah saya buat selama ini. Saya juga mula meragui kenyakinan saya.

Saya juga menemui surah Al-Nisa' 171 yang bermaksud Isa anak Maryam adalah utusan Allah dan FirmanNya. Bila saya melihat perkataan 'kalimatullah' yang bermaksud kalimat Allah atau FirmanNya, saya percaya Isa Al-Masih adalah Firman Allah. Sifat-sifat Allah adalah Dia berfirman! Siapakah Isa Al-Masih kalau Dia adalah Firman Tuhan? Adakah Dia Allah? Sebab bagi saya Firman Allah tidak boleh dipisahkan daripada Allah. Untuk mendapat kepastian saya membaca surah Al-Imram 45 yang bererti 'Wahai Maryam, Allah telah memberikan kamu berita gembira dengan FirmanNya, namaNya ialah Isa Al-Masih anak Maryam, yang mendapat segala kemuliaan di dunia dan di akhirat dan juga merupakan seorang yang terdekat dengan Allah!'. Jadi memang benarlah Isa Al-Masih adalah orang yang terdekat dengan Allah kerana Dia sendiri merupakan Firman Allah. Saya juga menemui ayat yang menerangkan siapa sebenarnya Isa Al-Masih di dalam Injil Yoh 1:1,14 "Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada, dan Firman itu bersama Allah. Dan Firman itu sama dengan Allah. Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal di antara Kita.

Di dalam surah Az-zukhruff 61 yang berbunyi ' Dan (Isa) akan memberi tanda (untuk datang) pada waktu (pengadilan) : Di sana tidak ada keraguan tentang (waktu), tetapi ikutlah Aku, inilah jalan yang lurus'. Surah Az-zukhruff 63 pula berbunyi 'apabila Isa datang dengan tanda yang jelas, Dia berkata : "Sekarang Aku datang kepadamu dengan kebijaksanaan dan membuatkan kamu jelas tentang sesuatu perkara yang kamu bertelagah. Takutlah kepada Tuhan dan ikutlah Aku!". Ayat ini mengambarkan akan kedatangan Isa Al-Masih. Selanjutnya siapakah Isa Al-Masih yang berkuasa ke atas maut? Di dalam Injil, Yoh 5:24 berbunyi :'Sungguh benar kata-kataKu ini, sesiapa yang mendengar kata-kataKu ini dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, beroleh hidup sejati dan kekal. Dia tidak akan dihukum melainkan sudah terlepas daripada kematian dan mulai benar-benar hidup!'

Ayat-ayat di atas telah membantu menyakinkan diri saya dan dengan penuh keberanian akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih jalan yang lurus ini dan di dalam hati, saya yakin bahawa Isa Al-Masih adalah jalan yang benar untuk ke Syurga dan kepada Allah. Di dalam 1 Korintus 8:6 "Tetapi bagi Kita Allah hanya satu. Dia Allah yang menciptakan segala sesuatu dan untuk Dialah Kita hidup. Tuhan hanya satu juga iaitu Isa Al-Masih, melalui Dia segala sesuatu diciptakan dan kerana Dialah Kita hidup.

Selepas saya mempercayai Isa Al-Masih, saya dapat merasai ketenangan jiwa. Kalau sebelum ini jiwa saya bercelaru, penuh dengan persoalan, kini saya bebas dari perasaan itu. Saya sudah mendapat jawapan yang sebenarnya. Ayat-ayat di atas benar-benar telah menyakinkan saya bahawa Isa Al-Masih adalah Penyelamat saya dan saya tetap seorang penyembah kepada Allah yang Maha Esa.

Doa saya bagi setiap orang Islam, beranikanlah hatimu untuk mengenal pasti siapa Isa Al-Masih. Saya yakin anda akan menemui kebenaran, jawapan dan hidup yang kekal.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh…

Sharifah tidak merasa ragu atau takut untuk membaca Injil apabila dia mempunyai persoalan tentang penyelamatannya, sebab dia tahu Al-Quran tidak melarangkan dia daripada berbuat demikian. Apa yang terjadi kemudiannya adalah beliau telah mendapat jawapannya dan menemui kebenaran yang lebih lengkap dan pengetahuan tentang Allah dan Isa Al-Masih dengan lebih sempurna. Dia tahu bahawa jalan yang lurus memang ada dan bahawa jalan yang lurus itu bukan apa, atau di mana, tetapi siapa. Dia ialah Isa Al-Masih. Setelah merasa begitu pasti Sharifah telah mengambil keputusan nekad untuk mengikut Dia.

Di dalam Injil Rom 1:16-17; ‘Injil adalah kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang yang percaya kepada Isa Al-Masih. Injil juga menunjukkan cara bagaimana hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula iaitu melalui kepercayaan kepadaNya iaitu Isa Al-Masih.

Marilah kawan-kawanku, jangan lepaskan kesempatan untuk menemui kebenaran dan penyelamatan. Bacalah Injil dan percayalah kepada Isa Al-Masih.

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, Wr. Wb.aduh...aduh kasiannya mbak sarifah ini....
begini kalo keimanan seseorang yang lemah itu..
bisa terjadi salah kaprah, salah pengartian..
bagaimana dalam surat al fatihah itu sudah jls kalo " Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" seharusnya anda berpikir kemana lagi anda harus meminta hanya kepada Dzat yang maha agung yaitu ALLAH..
bukan kepada utusannya. orang islam percaya kepada nabi isa, tapi sekedar untuk meyakini bahwa dia utusan ALLAH bukan malah melaksanakan ajarannya karna Nabi Muhammad sudah menyempurnakan agama ALLAH. jadi anda itu meyakini agama yang tidak up to date alias kadaluarsa... sudah jelaskan!!!!

mengenai kitab suci, hanya kitab suci Al Qur'an yang sampai saat ini masih terjaga keasliannya,, anda tahu bahwa injil yang sekarang itu sudah terkontaminasi oleh tangan2 manusia, dengan kata lain tidak terjamin keasliannya, anda tahu siapa yang telah memodifikasi injil tidak lain adalah pendeta kalian sendiri, bayangkan mana ada kitab suci yang bisa di modifikasi?????? coba anda berfikir,,, berarti yang bikin adalah manusia yang kalian anggap tuhan,,,,.. wassalam..

Anonymous said...

Assalamualaikum, Wr. Wb.
Saya sangat kasihan dan sedih membaca cerita anda... APAKAH ANDA YAKIN INJIL YANG SEKARANG ANDA YAKINI KEBENARANNYA MEMANG BENAR?
Dalam Al Quran surat Ali Imran:19 telah disebutkan bahwa "Sesungguhnya agama yang ada di sisi Allah adalah ISLAM".
Seperti halnya dalam firman Allah 1. Surat Ali Imran:85
"Siapa yang (menempuh) selain agama Islam maka sekali-kali tidak akan diterima agama itu darinya"
2. Surat Al Maidah:3
"Hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, Dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku untukmu, dan Aku telah ridho Islam sebagai agamamu"
Setahu saya dalam kristen ada 3 Tuhan yaitu tuhan kudus, tuhan bapa, dan tuhan yesus... Hmmm, bagaimana jika dalam suatu negara ada 3 pemimpin??? pasti negera itu akan kacau. Mustahil mereka mempunyai keinginan dan kepentingan yang sama...
Semoga Allah memberikan hidayah kepeda anda..
Wass.............

Anonymous said...

Buat penulis cerita diatas, ketahuilah bahwa Kitab yang dibenarkan oleh Quran adalah Kitab-Kitab Zabur, Taurat, dan Injil yang asli, yang belum mengalami perubahan-perubahan. Kitab Injil yang sekarang sudah mengalami penambahan dan pengurangan di sana sini, sehingga sudah tidak layak untuk dijadikan rujukan bagi siapapun. Kalau anda ingin belajar tentang Islam, maka pelajarilah Quran, hadits, dan literatur-literatur yang ditulis oleh ulama-ulama yang lurus serta dengan bimbingan ulama yang lurus pula. Untuk memperoleh kebenaran, anda jangan bertanya kepada hanya satu orang, tapi bertanyalah kepada beberapa orang yang benar-benar berilmu dan beriman. Dalam surat Al-Fatikhah memang ada ayat yang artinya: "Tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus". Yang manakah jalan yang lurus itu? Jalan ini dijelaskan oleh ayat berikutnya, yang artinya:"Yaitu jalannya orang-orang yang telah Engkau beri kenikmatan, bukan jalannya orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalannya orang-orang yang sesat". Siapakah orang-orang yang telah diberi kenikmatan oleh Allah? Orang-orang itu tidak lain adalah Nabi Muhammad saw, para sahabat, dan orang-orang muslim yang bertaqwa. Siapakah orang-orang yang dimurkai Allah? Orang-orang yang dimurkai Allah di sini adalah orang-orang yang mengetahui kebenaran, tetapi tidak mau mengakui dan tidak mau menjalani kebenaran tersebut. Yang memenuhi karakteristik seperti ini adalah orang-orang Yahudi. Lalu siapa yang dimaksud dengan orang-orang sesat? Orang yang sesat adalah orang yang sesat adalah orang yang tidak mengetahui kebenaran dan tidak menjalani kebenaran tersebut. Yang memenuhi karakteristik ini diantaranya adalah orang Nasrani. Begitu (mbak Sharifah?)

Anonymous said...

61. Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus. (Perkataan Isa sebagai Nabi)

63. Dan tatkala Isa datang membawa keterangan dia berkata: "Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa hikmat[1364] dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian dari apa yang kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada) ku." (perkataan Isa sebagai nabi)

apakah hanya itu yang jadi kunci untuk pindah agama? apakah tidak dibaca sambungannya lagi?
64. Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah Dia, ini adalah jalan yang lurus. (perkataan Isa sebagai nabi waktu berdakwah menganjurkan kita menyembah hanya pada 1 Tuhan)

Anonymous said...

Bila ditelusuri, Yesus (Isa) baik di dalam Alkitab maupun Alquran, tetap akan memberikan jawaban yang sama, yaitu bahwa Yesus (Isa) adalah satu-satunya jalan keselamatan. Oleh karena itu buat kawan-kawan kita muslim, jangan kecewa / berkecil hati, karena Yesus (Isa) sebagai satu-satunya jalan keselamatan yang tidak terbantahkan, karena di dalam Dia adalah kebenaran sejati.

Tetapi ketahuilah, Tuhan menolong seseorang bukan dari status. Bila seseorang bukan kristen (atau sebaliknya), tetapi tahu benar apa yang baik dan melakukannya dalam kehidupan sehari-hari, Tuhan akan memperhatikan orang tersebut.

Banyak juga orang-orang kristen yang hanya ktp nya saja, kesehariannya jauh dari kehidupan orang yang tahu apa yang baik.

Nilailah seseorang berdasarkan buahnya, berdasarkan apa yang dilakukan & diucapkan.

Jadi, jangan dulu keburu anti terhadap kristen.

Justru yang membuat negara kita lambat untuk maju adalah sifat-sifat yang sangat anti terhadap kristen dll (non muslim).

Kenapa seseorang bisa maju, pintar dan lain sebagainya?, karena mereka tahu (ADA YANG MENGAJARI) seperti apa yang baik dan benar itu.

Harfens said...

Kacian deh lo Sharifah, yang ngaku2 pinter ngaji. Kok ayat Qur'an surat Al-Imran ayat 45 ...orang-orang yg didekatkan(kepada Allah). Kata didekatkan kok diartikan Sharifah terdekat. Awalan di dengan ter itu beda Sharifah.

Anonymous said...

memang rencana Tuhan yg indah ada dlm hidupmu Kini tugasmu adalah mberikn kesaksian hidup akan cinta kasih kepada sesama Ybu

Anonymous said...

Syukur kepada Tuhan Yang BENAR, yang membawamu kepada keselamatan sejati dalam Yesus Kristus "TUHAN"...

Anonymous said...

Setelah membaca dan memahami Qur'an aku kaget sekali. Aku sangat terkejut melihat kekerasan, kebencian, ketidak tepatan, kesalahan sains, kesalahan matematis, logika yang jungkir balik, kesalahan tata bahasa, dan ketetapan etika yang tidak jelas. Aku mengambil kesimpulan bahwa Qur'an bukanlah buku Tuhan, tapi buku penuh ayat-ayat setan, kepalsuan dan hasil pikiran orang yang sakit jiwa.

Ertasari said...

Alkitab yg ada sekarang isinya asli.
tapi sdh diterjemahkan ke seluruh bahasa dunia supaya kabar itu tidak tertutup manusia yg mau selamat. Allah sendiri yg menjaga dan melindunginya. Walau ada banyak usaha musuh2 Yesus untuk memusnahkan ataupun memalsukan tapi tidak akan bisa.

mau bahasa asli juga ada, yaitu Ibrani utk Perjanjian Lama dan Yunani utk perjanjian Baru

tdk ada akan ada yg bisa membatalkan Alkitab termasuk ucapan orang, tulisan apapun
karena ia sdh termetarai oleh Kuasa allah

Berbahagialah engkau Sharifah telah menemukan kebenaran sejati,
walau banyak penderitaan yg kau kan alami seperti nubuatan Yesus

heru said...

perbedaan antara Yesus n moh : Yesus menghidupkan org mati, sedangkan moh mematikan org hidup

Anonymous said...

Puji Tuhan, satu lagi domba yang hilang telah kembali

Anonymous said...

Weleh weleh,kaya ahli sastra aja,ada koq tantangan kepada seluruh seniman seniwati seluruh dunia,siap yg bisa buat karya sastra lebih indah dari Al Quran?jawabnya sampe detik ini belum ada yg bisa.jd sampean kalo merasa bisa kenapa ga mencoba trs publikasikan ke dunia international,kalo berhasil bakal jd orang paling kaya di dunia lho...monggo....

Anonymous said...

Bang/mbak hehehe....pasti ga pernah baca alkitab ya? Koq banyak sekali perbedaan antara nabi kristen yg satu dg yg lainnya.mana yh akan di turut?
alQuran mau bahasa apa aja semua sama ga ada pwrbedaan.cb deh baca.